Friday, December 28, 2012

Peranan Keluarga Dalam Kejayaan Seseorang

Cuba tanya sebarang orang bernama yang telah mencapai kejayaan, sama ada yang besar atau yang kecil pencapaiannya, saya percaya bahawa kebanyakannya akan berkata bahawa kejayaan mereka sebenarnya berpokok pangkal daripada sokongan keluarga yang berterusan. Berdasarkan kenyataan tersebut, memang benar sekiranya kita membuat konklusi bahawa setiap ahli keluarga kita berperanan dalam kejayaan kita kini.Mereka boleh membantu kita dengan banyak cara, sama ada dengan bantuan fizikal ataupun mental. Kedua-duanya berpotensi menjadi tangga kita ke arah pencapaian.
  Pada setiap masa, tidak mengira tempoh kesusahan atau kebahagiaan, orang yang sentiasa berada di sekeliling kita ialah keluarga kita terutamanya ibu bapa. Ibu bapa mana yang tidak menyayangi anaknya. Sehingga ke akhirnya riwayat hidup mereka, mereka menjadi penyokong kita, sama ada dari segi fizikal ataupun psikologi pada setiap masa. Sekiranya sokongan mereka berhenti diberikan, maka nescaya seseorang tersebut susah serta sukar bagi mengharungi laluan hidupan yang dipenuhi dengan batu-batuan sebagai rintangan hidup. Namun, persoalan yang kini bermain-main dalam minda kita adalah, bahagaimanakah ahli keluarga memikul segunung tanggungjawab yang seluas langit dlam kejayaan seseorang, sama ada seseorang pelajar, seseorang usahawan, ataupun pemimpin negara?
  Ahli keluarga yang pertama sekali yang diragui peranannya dalam kejayaan seseorang ialah ibu bapa kita yang kita kasihi. Sudah pasti setiap penjaga anak-anak, sama ada ibu atau bapa menampung minyak yang penuh ketika menjaga anak-anak mereka, dari sisi buaian hinggalah ke bangku sekolah rendah dan sekolah menengah. Bapa-bapa, sebagai ketua keluarga mencari nafkah dari awal pagi sehingga lewat petang tanpa merungut sementara ibu-ibu yang yang lebih lemah-lembut menjaga rumah sepanjang hari sementara menyiapkan kerja rumah sebagai seseorang suri rumah tangga yang berkewajipan. Walaupun kedua-dua tugas dan kewajipan kedua-dua pihak berlainan seumpama langit dengan bumi, mereka sentiasa mengharapkan serta menitikberatkan kebahagiaan anak-anak mereka sepanjang masa. Tanpa penjagaan ibu bapa kita, tidak mungkinlah kita boleh mencapai apa yang kita kecapi hari ini dan masa depan. Segalanya pada badan kita dikurniai oleh ibu bapa kita, dari kaki hingga kepala. Setiap mulut makanan, setiap teguk air, setiap benang atas baju kita, tepatnya datang daripada ibu bapa. Manakala kita sebagai anak-anak, wajar bersyukur atas segala-galanya yang mungkin tidak didapat oleh orang lain dan membalas jasa ibu bapa kita pada suatu hari nanti. Sampai di sini, semua di atas hanyalah merangkumi asas-asas fizikal.
  Apa yang diberikan secara mental oleh ibu bapa masih tersirat dalam pendapat saya yang belum disuarakan. Mungkin pendidikan yang telah kami terima tidak kesemuanya datang daripada ibu bapa kita, tapi cara kita bertutur sudah pastinya bertunjangkan ajaran ibu bapa kita. Ke mana pergi kuahnya, kalau tidak ke nasi. Sebahagian besar yang kita belajar datang daripada ibu bapa, terutamanya ajaran moral dan ajaran agama yang menjadikan kita berbudi bahasa dan berkemanusiaan sama ada ajaran Islam, ajaran Hindu ataupun ajaran Buddha. Namun, kesemua ajaran agama yang telah disertakan mempunyai satu persamaan yang sama, iaitu nilai kemanusiaan.
Manakala, ajaran moral pula mengajar kita tentang falsafah hidup, iaitu cara berfikir seperti seseorang yang berjaya. Kita belajar nilai kerajinan, nilai ketekunan, nilai berdikari, nilai bertoleransi, nilai amanah dan nilai rasional. Nilai-nilai amatlah berpotensi menjadikan seseorang seseorang yang berjaya secara berterusan.
  Bukan itu sahaja, ibu bapa dapat menjadi teladan yang baik untuk anak-anak mereka. Nescaya mereka sudi berubah demi masa depan anak mereka yang lebih cerah, iaitu berubah menjadi seseorang yang berwawasan dan berjaya dalam kehidupan. Bukan sahaja anak-anak mereka akan meniru apa-apa personaliti yang menjadikan ibu bapa mereka insan yang berkejayaan, bahkan juga menjadikan mereka seseorang seperti ibu bapa mereka, Berdasarkan pengaruh ibu bapa terhadap anak-anak yang begitu besar impaknya, anak-anak mereka boleh diumpamakan sehelai kain yang bebas diwarnai oleh ibu bapa yang diumpamakan seseorang artis, sama ada mereka memiliki "skill" yang tinggi ataupun yang rendah. Yang tinggi kemampuan, ibu bapa boleh mencorak kehidupan anak-anak mereka dengan warna-warna yang mengagumkan. Dengan begitu banyak buktinya, mampukah kita mengatakan bahawa ibu bapa berperanan kecil dalam kejayaan seseorang?
  Kini tiba pula peranan ahli keluarga selain daripada ibu bapa, iaitu kakak dan abang.