Pada lewat malam, kelihatan beberapa orang remaja yang yang sedang melakukan perkara yang sia-sia di taman. Mereka sedang melastik lampu-lampu yang terletak di tepi jalan. Apabila batu yang dilastik oleh mereka terkena sasaran mereka, mentol lampu pecah dan mereka pun ketawa sepuas-puasnya. Adakah situasi in patut berlaku dalam kalangan remaja? Sebelum menyorot lebih jauh tentang kebejatan sahsiah remaja yang menjatuhkan akhlak, wajarlah saya mendefinisikan gejala sosial. Frasa ini ialah petanda negatif yang ditunjukkan oleh seseorang dalam tindakan yang berkaitan dengan masyarakat. Kebanyakan orang mudah dipengaruhi oleh gejala sosial yang semakin berleluasa kerana kedankalan dari segi pendidikan agama dan pendidikan moral. Manakala vandalisme adalah sejenis gejala yang berkembang secara berterusan. Gejala sosial ibarat duri dalam daging yang telah mencapai tahap yang membimbangkan. Pada tahun 1970-an, nenek moyang kita hidup dalam dunia yang aman damai tanpa gangguan gejala sosial. Kini, isu gejala sosial telah mendapat liputan meluas oleh pihak media. Kemunculan berita tentang gejala sosial di seluruh dunia pada dada-dada akhbar pada setiap hari bukan lagi isu yang menghairankan. Perbezaan antara zaman dahulu dan zaman moden yang dinikmati sekarang seumpama langit dengan bumi. Pertukaran yang besar ini dalam masa yang singkat sudah mendapat perhatian daripada semua pihak. Lingkungan umur remaja yang terlibat dalam gejala sosial menjadi lebih kecil. Remaja telah menjejakkan kaki ke dalam dunia gejala sosial dan isu ini telah mencetuskan pelbagai pendapat dalam kalangan orang ramai. Hal ini terbukti melalui insiden seseorang pelajar dari Chennai telah disyaki melakukan pembunuhan kejam terhadap seorang guru dan insiden ini telah mengejutkan pelbagai pihak di kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat pihak yang bertanggungjawab atas kemerosotan akhlak remaja yang hanya meneruskan omong kosong mereka yang tidak berbuah hasil. Jika masalah ini ditinjau dengan teliti, kerosakan akhlak dalam kalangan remaja akan membawa impak yang besar terhadap masa depan kita. Hal ini bukannya berasaskan imaginasi, tetapi realiti kehidupan yang perlu diterima oleh setiap pihak. Walau bagaimanapun, semangat kental semua pihak tentu dapat menandingi masalah ini yang merunsingkan.
Monday, March 19, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment