Monday, March 26, 2012

Peranan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak

Peranan ibu bapa dan keluarga tidak wajar dikesampingkan. Tidak dapat dinafikan ibu bapa mempunyai tanggungjawab hakiki untuk membanteras gejala sosial ini yang kian mendadak. Kini, ibu bapa telah menjadikan wang sebagai matlamat hidup mereka kerana wang seumpama menjadi tuhan kedua bagi manusia, termasuklah ibu bapa. Mereka menggangap wang adalah segala-galanya. Mereka memenuhi segala keperluan asas anak-anak seperti makanan, minuman, dan tempat tinggal. Malangnya, mereka gagal menghujani anak-anak mereka dengan kasih sayang yang mencukupi. namun begitu, terdapat segelitir ibu bapa berasa mereka telah melaksanakan tugas mereka sebagai ibu bapa dangan sempurna dengan mengaut keuntungan untuk keluarga. Mereka harus disedarkan bahawa seseorang anak yang bersahsiah baik tidak boleh ditukarkan dengan duit dan wang. Kesedaran perlu diterapkan ke dalam diri ibu bapa sebelum terlewat kerana mereka merupakan orang penting dalam membentuk keperibadian serta sahsiah anak-anak. Anak-anak boleh diibaratkan sebagai sehelai kain putih yang bebas diwarnakan oleh ibu bapa. Jikalau diwarnakan hitam, maka hitamlah mereka. Kita tidak harus menyalahkan remaja sepenuhnya apabila mereka terlibat dalam gejala sosial. Ibu bapalah yang harus memikul tanggungjawab yang terbesar. Mereka sepatutnya mengasuh mereka dangan kasih sayang yang secukupnya. Seandainya remaja tidak diberi kasih sayang yang mencukupi, mereka akan terasa dirinya terabai serta tidak disayangi oleh ibu bapa lagi. Secara berterusan, mereka mudah dipengaruhi serta terjerumus ke dalam gejala sosial yang sedang bergelora dalam masyarakat kita. Selain itu, ibu bapa mesti memberikan tunjuk ajar serta didikan agama ke arah menggilam akal budi anak-anak mereka. Pendidikan agama amat signifikan kerana agamalah yang akan membimbing remaja ke arah kesucian dan pemikiran secara rasional, dengan kata lain menjadi instrumen mengekang gejala kebejatan moral remaja. Contohnya, penglibatan anak dalam gejala sosial adalah haram dari segi ajaran Islam. Bagi mereka yang bukan ajara Islam pula, agama-agama yang lain tetap menerapkan nilai-nilai murni seperti bertolak ansur dan ketaatan kepada ibu bapa. Dengan berbekalkan asas peribadi yang kukuh, anak-anak akan terus mempraktikkan disiplin diri di mana sahaja mereka berada, termasuklah di rumah dan di sekolah.

No comments:

Post a Comment