Saturday, June 23, 2012

Dewa Maut Di Jalan Raya

Sejak penciptaan kereta oleh Karl Benz pada tahun 1886, kereta sudah menjadi sejenis pengangkutan yang penting bagi manusia. Dengan kereta, kita tidak perlu lagi menggunakan kaedah nenek moyang kita untuk merentasi pelbagai jalan dan bentuk bumi yang memakan masa dan wang yang banyak. Contohnya, jikalau kita hendak pergi ke Ipoh dari Kuala Lumpur, kita perlu berjalan secara berterusan selama 2 atau 3 hari. Pada masa yang sama, kita perlu mengongkoskan wang untuk tempat persinggahan dan makanan. Sebaliknya, jika kita menaiki kereta, kita akan sampai di sana dalam 3 jam sahaja. Memang tidak boleh dinafikan bahawa kereta dapat membantu kita dalam industri pengangkutan. Selain itu, kereta sedang menerusi evolusi yang panjang sejak penciptaannya. Model kereta kita berdekad-dekad dahulu telah digantikan dengan banyak model lain yang baharu. Bukan itu sahaja, penggunaannya menjadi lebih banyak dan enjinnya menjadi lebih rumit. Selaras dengan kemajuan dalam teknologi, saya percaya impian menjadikan kereta lebih berguna dan lebih cepat dapat berjaya. Namun begitu, selain penggunaannya yang luas,   kemalangan yang saling berkait dengan kereta juga wujud. Setiap tahun, sebanyak 6000 orang telah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan ini menjadikan negara kita Malaysia salah satu negara yang mencatat kadar kemalangan yang tinggi di dunia. Statistik yang diperoleh daripada Jabatan Keselamatan Jalan Raya meninjukkan bahawa sepanjang Januari hingga Oktober 2005, sebanyak 272804 kes kemalangan direkodkan dan dalam tempoh yang sama pada tahun 2006, sejumlah 292295 kes kemalangan dicatatkan. Hal ini menunjukkan peningkatan dalam bilangan kes kemalangan jalan raya dengan ketara, terutamanya pada musim perayaan setiap kaum di Malaysia, jalan raya lebih kerap digunakan oleh pengguna jalan raya. Secara spontannya, kadar kemalangan jalan raya turut meningkat. Kerajaan kita juga mula menggaru kepalanya terhadap masalah kemalangan jalan raya ini yang telah menyentap nyawa kebanyakan penduduk Malaysia. Walaupun kerajaan kita telah melaksanakan pelbagai tindakan seperti meminta bantuan media massa dan menglibatkan pendidikan keselamatan jalan raya dalam pendidikan sekolah, tindakan ini bagai  membuang garam ke laut. Sebenarnya, ada banyak tindakan yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan kita. Namun begitu, tanpa bantuan dan penggemblengan tenaga antara pihak kerajaan dan rakyat, pihak kerajaan kita bagai hendak terbang tiada sayap, hendak hinggap tiada kaki. Intihannya, kerjasama antara kedua-dua pihak ini memang teras untuk menggurangkan kadar kemalangan jalan raya. Sebelum kita menyorot lebih jauh ke dalam masalah ini, kita masih perlu mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya. Apakah "dewa maut" di jalan raya?

   Hakikatnya, kecuaian pengguna jalan raya adalah antara faktor utama yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya. Walaupun kerajaan telah menggunakan bantuan pihak media untuk menyedarkan mereka tentang kecuaian mereka, malah mereka mengulangi kesalahan berulang kali. Sebagai akibat, mereka sering terlibat dalam kemalangan jalan raya. Misalnya, pengguna jalan raya, terutamanya pemandu suka bercakap melalui telefon tanpa "hands-free", iaitu mereka menggunakan satu tangan untuk memegang telefon dan sebelah tangan lagi untuk memandu serta ini menggangu tumpuan pemandu semasa memandu dan menurunkan kebolehan mereka untuk menggelak kereta lain. Satu lagi tabiat buruk pemandu yang menyebabkan kemalangan jalan raya ialah meminum arak yang mengandungi bahan yang dapat mengkaburkan pemikiran mereka sebelum memandu. Apa yang seorang pemandu yang mabuk lihat ialah kekaburan dan bentuk-bentuk yang mengelirukan. Jika dia dibenarkan memandu, kemungkinan dia terlibat dalam sebuah kemalangan amatlah tinggi. Oleh itu, adakah pemandu yang sebegini keadaannya dibenarkan memandu dan membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain? Pada pendapat saya, sudah tentunya tidak.

Friday, June 8, 2012

Teen Problems First Aid

Children today are blessed with peace and harmony of the society. Not very much of violence and wars. Technology and science are so advanced that uncountable information and knowledge are at the touch of our fingertips  . Everywhere we see people clicking on the cellphones, typing on advanced laptops, holding and swiping on their latest touch screen phones and completing many other missions that we can accomplish today. Teenagers are undeniably technology based. If we take a huge step back in time, we would notice many obvious differences. Lethal illness that cannot be remedied at that time can be now cured with the existence of effective medicines. However, behind all these blessings, there is the dark side of it. Teenagers' problems increase as well because they are more exposed to negative auras of the media and the society. Teenagers' problems include gangsterism, bullies, playing truant and the list can go on and on because  outlets of negative and violent information burst out in great numbers. Even the advancements of technology couldn't help in this drastic situation as it will only worsen the condition of teenage problems. Plus, the advancements of technology cannot be stopped as the future of mankind depend on it. Therefore, mankind must depend on nothing but themselves to curb teenagers' problems.

Research has proven that even if parents lock their kids in their own room will still cause teenagers' problems because the anger and disappointment towards their own parents in teenagers may be aroused. Therefore, teenagers should be given monitored freedom to give them long-lasting happiness and protect them from negative auras during their adolescence. To do that, we must start with parents who are the first people that educate and morph them into what they are today . However, we might find that most parents are either ignorant or unknown to their childrens' problems if we take a closer look at modern parenting. Many might think that this is not an enormous problem but in reality, any leak outs may be a disastrous blunder that lead to catastrophic results. For example, parents have the tendency of leaving their children near schools without making sure that their children had entered the school. As a result, this increase the risk of their children getting involved in playing truant. When one of their children was caught, then they will realize what wrongdoings that they had made in the first place and till then, it is already too late. Let's not make the  future remind us about our wrongdoings, now is a perfect time for a change, we can make a difference.

Besides that, i believe almost all of the parents wanted their children to be successful in life. To achieve that, they force their children to study harder and longer hours. I had seen some parents that had gone overboard by forcing their children to tuition everyday, Monday to Sunday, 5 hours a day. What is this torture? Even a fully matured adult will find this "caring" as a form of torture to children. For their children's future, they ruthlessly sacrifice their children's well deserved happy childhood. The worse thing about this torture is children's protest are not even heeded at all. Plus, most children have no courage to inform this torture to anyone else. This also increases students' hatred to study.  This must be avoided by hook or by croak at all times. To those parents that have their children tuition-bounded, try stepping into their shoes and compare your childhood with theirs today. I believe that nothing is alike. Teenagers' in the 1960s and 1970s have very less tuition classes as not many tuition centres are popular at that time. Most of their free time are filled up by playing tradisional games and studying. Today, many traditional games are not seen often. Only ipads and computer games lead the gaming industries. To prevent their children from being more obssessed with these "chronic" games, they used tuition classes as a good yard stick. Plus, they do not need to look after their children too frequently when they are at their tuition centres. Besides school as their "second" home, tuition centres are nowdays most teenagers' "third" home. Through newspapers, we could see many commit suicide cases that are mostly cause by stresses we face everyday. Unfortunately, teenagers are not excluded as they face large amounts of stress through homeworks and studies. How sad it is. Parents must now realize that teenagers' happiness matters most because it cannot be bought by money, it can only be obtained through time and freedom.                    

Monday, June 4, 2012

Aduhai... Sakit lagi!

  Apabila jangkitan penyakit H1N1 yang merebak seperti api di seluruh dunia pada tahun 2010 dan 2011 serta dilaporkan secara luas oleh media massa, orang ramai sekali lagi menjadi mangsa kepada kebimbangan kerana penyakit ini yang pada awalnya dianggap misteri ini belum ada ubat antibiotik yang mujarab. Berita tentang kehilangan nyawa yang disebab oleh penyakit ini memburukkan lagi keadaannya. Sejak kemunculan penyakit kronik tersebut, hidup rakyat di seluruh dunia ibarat jiwa bergantung di hujung rambut. Jika dijangkiti penyakit tersebut, kematian menanti. Beberapa tahun yang lalu, impian manusia mencipta penawar untuk semua penyakit seumpama menanti kucing bertanduk tetapi kini, selaras dengan kemajuan teknologi, impian tersebut tidak dianggap jauh panggang dari api lagi. Namun begitu, banyak penyakit masih dijangkiti oleh orang ramai. Jelaslah bahawa masalah ini tidak disebabkan oleh kemunduran dari segi perubatan, sebaliknya ini saling berkait dengan punca penyakit-penyakit. Jikalau hal ini ditinjau dengan teliti, soal kebersihan menjadi penyebabnya yang utama. Tengoklah persekitaran kebanyakan rumah yang tidak dilawat oleh Alam Flora, sampah bertimbun dan lalat berterbangan di kawasan tersebut. Pada masa yang sama, lalat merupakan serangga yang dapat merebakkan pelbagai penyakit dengan "effektif". Soal penyakit memang tidak boleh dipandang ringan. Semua faktor yang saling berkait dengan penyakit mestilah dihapuskan supaya kemungkinan dijangkiti dapat diturunkan.
 
  Salah satu penyakit yang mengancam nyawa orang ramai ialah demam dengue, terutamanya kanak-kanak yang mempunyai metabolisme yang lebih lemah jika dibandingkan dengan orang dewasa. Dalam banyak kes kejangkitan penyakit tersebut, penyakit tersebut tidak disedari oleh orang ramai sehinggalah penyakit tersebut mempengaruhi aktiviti harian mereka. iaitu semasa penyakit itu mencapai peringkat yang kritikal serta bahaya.