Apabila jangkitan penyakit H1N1 yang merebak seperti api di seluruh dunia pada tahun 2010 dan 2011 serta dilaporkan secara luas oleh media massa, orang ramai sekali lagi menjadi mangsa kepada kebimbangan kerana penyakit ini yang pada awalnya dianggap misteri ini belum ada ubat antibiotik yang mujarab. Berita tentang kehilangan nyawa yang disebab oleh penyakit ini memburukkan lagi keadaannya. Sejak kemunculan penyakit kronik tersebut, hidup rakyat di seluruh dunia ibarat jiwa bergantung di hujung rambut. Jika dijangkiti penyakit tersebut, kematian menanti. Beberapa tahun yang lalu, impian manusia mencipta penawar untuk semua penyakit seumpama menanti kucing bertanduk tetapi kini, selaras dengan kemajuan teknologi, impian tersebut tidak dianggap jauh panggang dari api lagi. Namun begitu, banyak penyakit masih dijangkiti oleh orang ramai. Jelaslah bahawa masalah ini tidak disebabkan oleh kemunduran dari segi perubatan, sebaliknya ini saling berkait dengan punca penyakit-penyakit. Jikalau hal ini ditinjau dengan teliti, soal kebersihan menjadi penyebabnya yang utama. Tengoklah persekitaran kebanyakan rumah yang tidak dilawat oleh Alam Flora, sampah bertimbun dan lalat berterbangan di kawasan tersebut. Pada masa yang sama, lalat merupakan serangga yang dapat merebakkan pelbagai penyakit dengan "effektif". Soal penyakit memang tidak boleh dipandang ringan. Semua faktor yang saling berkait dengan penyakit mestilah dihapuskan supaya kemungkinan dijangkiti dapat diturunkan.
Salah satu penyakit yang mengancam nyawa orang ramai ialah demam dengue, terutamanya kanak-kanak yang mempunyai metabolisme yang lebih lemah jika dibandingkan dengan orang dewasa. Dalam banyak kes kejangkitan penyakit tersebut, penyakit tersebut tidak disedari oleh orang ramai sehinggalah penyakit tersebut mempengaruhi aktiviti harian mereka. iaitu semasa penyakit itu mencapai peringkat yang kritikal serta bahaya.

No comments:
Post a Comment