Sejak penciptaan kereta oleh Karl Benz pada tahun 1886, kereta sudah menjadi sejenis pengangkutan yang penting bagi manusia. Dengan kereta, kita tidak perlu lagi menggunakan kaedah nenek moyang kita untuk merentasi pelbagai jalan dan bentuk bumi yang memakan masa dan wang yang banyak. Contohnya, jikalau kita hendak pergi ke Ipoh dari Kuala Lumpur, kita perlu berjalan secara berterusan selama 2 atau 3 hari. Pada masa yang sama, kita perlu mengongkoskan wang untuk tempat persinggahan dan makanan. Sebaliknya, jika kita menaiki kereta, kita akan sampai di sana dalam 3 jam sahaja. Memang tidak boleh dinafikan bahawa kereta dapat membantu kita dalam industri pengangkutan. Selain itu, kereta sedang menerusi evolusi yang panjang sejak penciptaannya. Model kereta kita berdekad-dekad dahulu telah digantikan dengan banyak model lain yang baharu. Bukan itu sahaja, penggunaannya menjadi lebih banyak dan enjinnya menjadi lebih rumit. Selaras dengan kemajuan dalam teknologi, saya percaya impian menjadikan kereta lebih berguna dan lebih cepat dapat berjaya. Namun begitu, selain penggunaannya yang luas, kemalangan yang saling berkait dengan kereta juga wujud. Setiap tahun, sebanyak 6000 orang telah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan ini menjadikan negara kita Malaysia salah satu negara yang mencatat kadar kemalangan yang tinggi di dunia. Statistik yang diperoleh daripada Jabatan Keselamatan Jalan Raya meninjukkan bahawa sepanjang Januari hingga Oktober 2005, sebanyak 272804 kes kemalangan direkodkan dan dalam tempoh yang sama pada tahun 2006, sejumlah 292295 kes kemalangan dicatatkan. Hal ini menunjukkan peningkatan dalam bilangan kes kemalangan jalan raya dengan ketara, terutamanya pada musim perayaan setiap kaum di Malaysia, jalan raya lebih kerap digunakan oleh pengguna jalan raya. Secara spontannya, kadar kemalangan jalan raya turut meningkat. Kerajaan kita juga mula menggaru kepalanya terhadap masalah kemalangan jalan raya ini yang telah menyentap nyawa kebanyakan penduduk Malaysia. Walaupun kerajaan kita telah melaksanakan pelbagai tindakan seperti meminta bantuan media massa dan menglibatkan pendidikan keselamatan jalan raya dalam pendidikan sekolah, tindakan ini bagai membuang garam ke laut. Sebenarnya, ada banyak tindakan yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan kita. Namun begitu, tanpa bantuan dan penggemblengan tenaga antara pihak kerajaan dan rakyat, pihak kerajaan kita bagai hendak terbang tiada sayap, hendak hinggap tiada kaki. Intihannya, kerjasama antara kedua-dua pihak ini memang teras untuk menggurangkan kadar kemalangan jalan raya. Sebelum kita menyorot lebih jauh ke dalam masalah ini, kita masih perlu mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya. Apakah "dewa maut" di jalan raya?
Hakikatnya, kecuaian pengguna jalan raya adalah antara faktor utama yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya. Walaupun kerajaan telah menggunakan bantuan pihak media untuk menyedarkan mereka tentang kecuaian mereka, malah mereka mengulangi kesalahan berulang kali. Sebagai akibat, mereka sering terlibat dalam kemalangan jalan raya. Misalnya, pengguna jalan raya, terutamanya pemandu suka bercakap melalui telefon tanpa "hands-free", iaitu mereka menggunakan satu tangan untuk memegang telefon dan sebelah tangan lagi untuk memandu serta ini menggangu tumpuan pemandu semasa memandu dan menurunkan kebolehan mereka untuk menggelak kereta lain. Satu lagi tabiat buruk pemandu yang menyebabkan kemalangan jalan raya ialah meminum arak yang mengandungi bahan yang dapat mengkaburkan pemikiran mereka sebelum memandu. Apa yang seorang pemandu yang mabuk lihat ialah kekaburan dan bentuk-bentuk yang mengelirukan. Jika dia dibenarkan memandu, kemungkinan dia terlibat dalam sebuah kemalangan amatlah tinggi. Oleh itu, adakah pemandu yang sebegini keadaannya dibenarkan memandu dan membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain? Pada pendapat saya, sudah tentunya tidak.

No comments:
Post a Comment